Pages

Friday, August 20, 2010

Laporan mesyuarat penubuhan AJK PENAJA ALUMNI SMSSI

Tarikh    : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa     :  3.00 - 4.30 P.M
Tempat :  Marry Brown, Plaza Angsana Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Kehadiran: 16 orang sahaja

  1. Farhanah
  2. Khalis
  3. Sabiq
  4. Umair
  5. Faisal Rasyid
  6. Izzah
  7. Noraini
  8. Nadia
  9. Ashikin
  10. Hafizah
  11. Syafiqah
  12. Fahira
  13. Akmal
  14. Razis
  15. Farid
  16. Atiq

  1. Ucapan wakil Pengerusi Penubuhan- Cik Syafiqah selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ALUMNI SMSSI. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini adalah untuk menubuhkan Persatuan ALUMNI SMSSI.
  2. Meluluskan Nama dan Alamat Penubuhan- Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama: "Persatuan ALUMNI SMSSI" dan alamatnya ialah di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar
  3. Perlembagaan Penubuhan-Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua yang hadir.
  4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan (penaja)- Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih: (rujuk dibawah)
  5. Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran         Pertubuhan. Tugas bagi    pendaftaran ini akan diserahkan kepada jawatankuasa          untuk menguruskannya.
  6. Mesyuarat juga bersetuju www.intem0405.ning.com diangkat sebagai laman Web sementara ALUMNI SMSSI. Maklumat dan segala tentang alumni dapat diketahui melalui web tersebut. Selain itu, maklumat ALUMNI juga ada di 'Group Facebook (Izzah&Syaza) & Friendster (Amal). Yuran dan borang keahlian ALUMNI SMSSI juga akan mula dipungut dan diedarkan setelah urusan pendaftaran diluluskan.
  7. Saudara Sabiq sempat berpesan kepada sesiapa yang berminat menyertai Program Halaqoh SMSSI, adalah sangat dialu-alukan. ( Program Halqoh akan diadakan pada Julai'09 di SMSSI) . Harapan wakil pengerusi, semoga dapat merealisasikan perjumpaan ALUMNI yang akan ditetapkan tarikhnya pada mesyuarat yang akan datang. Mesyuarat ditangguhkan. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 4.30 petang.

Senarai AJK PENAJA...
Pengerusi       : Syamil bin Samad -SPM'05
N. Pengerusi  : Faisal Rasyid b Roslan -SPM'05
                           Mohd Farid bin Md Yunos -SPM'06
S/U          : Syafiqah Nabilah bte Azali -SPM'05
Naib S/U : Intan Siti Zulaikha binti Mastor -SPM'07
Bendahari       : Muhamad Nor Akmal bin Ismail -SPM'05
N. Bendahari  : Nurul Ashikin binti Selamat -SPM'05
AJK Batch:
  1. Syazwan -SPM'05
  2. Noraini Zainuddin -SPM'05
  3. Faisal Ismail -SPM'06
  4. Fatin Zafirah Mad Zahir  -SPM'06
  5. Akmal Khalis b Doreyat  -SPM'07
  6. Najwa Izzati -SPM'07
         
Yang menjalankan tugas;
Setiausaha
Nama:  Syafiqah Nabilah bte Azali