Pages

Wednesday, January 25, 2012

Laporan Hasil Penilaian Program Alumni ISKANDAR

Baru-baru ini (Isnin, 23 Jan 2012) telah diadakan majlis '1st Anniversary ALUMNI ISKANDAR Gathering' bertempat di Johor Bahru. Seramai 18 orang ahli Alumni telah menyertai program tersebut.


Berikut merupakan hasil penilaian program yang dijalankan dikalangan barisan AJK & Ahli persatuan yang hadir;

1. Taaruf keseluruhan & sesi 'Ice breaking'
  • 47% kata sangat baik
  • 40% kata baik
  • 13% kata sederhana baik
2. Pengurusan AJK bertugas
  • 40% kata sangat baik
  • 33% kata baik
  • 27% kata sederhana baik
3. Makanan
  • 64% kata sangat baik
  • 36% kata baik
4. Lain-lain aktiviti
  • 33% kata sangat baik
  • 42% kata baik
  • 17% kata sederhana baik
  • 8% kata kurang baik
5. Keseluruhan Program
  • 38% kata sangat baik
  • 54% kata baik
  • 8% kata sederhana baik
6. Saya lebih suka dihubungi melalui : 

  • 43% pilih Facebook
  • 39% pilih Telefon
  • 17% pilih E-mail
Antara komen/cadangan yang diterima;
  1. Moga dapat tepati masa. Perancangan aktiviti diharap lebih tersusun lagi.
  2. Kalau boleh mula tepat pada masanya.
  3. Taaruf ok & mesra. Harap lebih ramai yang boleh menyertai program agar lebih meriah.
  4. Taaruf good walaupun sedikit yang datang tapi kami enjoy!
  5. Taaruf best! Makanan pun sedap!
  6. Pengurusan AJK bagus. Semua buat kerja tapi AJK tertinggi bekerja lebih keras. Well planned & good job!
  7. Keseluruhan program best!
  8. Saya setuju! saya setuju! saya suka!
  9. Jom pergi Broga Hill?? jomla jomla.
  10. Banyak makanan.
  11. Aktiviti seperti ini patut diadakan lebih kerap. Ahli Alumni yang lain perlu lebih aktif.
  12. Good job yaw!! Happening!
  13. Sesi berkenalan dan intro sedikit tentang alumni ini mesti ada la ye dan sesi tadi sangat ok!
  14. Rotate AJK yang bertugas so takde lah orang yang sama je buat kerja. Kesian sebab membebankan orang tu.
  15. This time buat potluck. ok gak tapi next time if ramai yang join buat buffet pun ok.
  16. Sebelum event, post somewhere untuk dapatkan cadangan aktiviti apa yang nak buat or join event yang dah ada kat sekolah.
  17. Keseluruhan : boleh even better from time to time. Cari maklumat dari sekolah lain.
Segala komen dan cadangan anda adalah sangat kami hargai. InsyaAllah kami barisan AJK ALUMNI Iskandar akan cuba memperbaiki segala kekurangan dan cuba menambah baik lagi pengurusan aktiviti dari semasa ke semasa. Teruskan menyokong kami! 

Sekian, terima kasih.

Friday, January 20, 2012

Friday, January 13, 2012

Surat Jemputan ke Mesyuarat Alumni Iskandar

Salam.

Selamat menyambut tahun baru 2012 diucapkan kepada semua. Sempena tahun baru, pihak ALUMNI kini merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti tersebut, satu mesyuarat tergempar akan dibuat pada14 Jan 2012 seperti yang tercatat dalam surat di bawah ;



AGENDA MESYUARAT LUAR BIASA



  • 11.30am-12.00pm 
    • Kehadiran Ahli Alumni Iskandar
    • Bacaan doa
  • 12.00pm-02.00pm 
         Perbincangan dimulakan;
    • 1) Aktiviti 'New Year Gathering' semasa Cuti Tahun Baru Cina
      • Ahli yang hadir membincangkan pemilihan tempat, tarikh, waktu dan jenis aktiviti yang akan dijalankan
    • 2) Status kewangan Alumni Iskandar
      • Pembentangan jumlah wang terkumpul terkini
      • Jumlah ahli yang belum dan sudah membuat bayaran
      • Pemilihan bank sebagai akaun rasmi Alumni Iskandar
    • 3) Senarai ahli Alumni Iskandar terkini
      • Pembentangan jumlah bekas pelajar yang menyertai Alumni Iskandar
      • Mengemaskini senarai AJK yang telah ditambah dan dipersetujui
    • 4) Perlembagaan Alumni
      • Perbincangan penyata tahunan
      • Mengemaskini Fasal Perlembagaan Alumni Iskandar
  • 02.00pm 
    • Jamuan makan dan majlis bersurai

*Perubahan agenda bergantung kepada keadaan semasa.

Jadi, pihak alumni berharap kepada ahli yang mempunyai kelapangan pada hari esok, agar dapat menghadirkan diri. Untuk makluman semua, pihak kami juga akan membuat video conference melalui SKYPE. Sesiapa yang ada akaun skype, boleh share di bahagian komen ataupun di SINI

Alamat Group ALUMNI di FB : http://www.facebook.com/groups/alumnismssi/

Segala kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih.