Pages

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, March 8, 2011

Group Alumni di FB

Salam semua. Sekadar ingin memberitahu bahawa pihak Alumni Iskandar ada menubuhkan satu group baru di Facebook. Ada la dalam sebulan usia group tersebut ditubuhkan dan kini ianya sudah pun mencecah seramai 400+++ orang ahli. Sila klik [ http://on.fb.me/fLgizP ] untuk request join group tersebut di Facebook ok. Syaratnya mudah aje. Anda mesti lah merupakan lepasan ataupun graduan SMS Sultan ISKANDAR dan mempunyai akaun FACEBOOK. Mudah bukan. Selamat menyertai kami!

Sunday, February 20, 2011

Borang Keahlian Alumni Iskandar

Salam buat semua warga Alumni Iskandar. Di harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Post kali ini, pihak ALUMNI ISKANDAR ingin mengajak semua warga alumni yang berminat untuk menjadi ahli rasmi alumni supaya mengisi borang di bawah.

Borang apakah ini? oh, selain bertujuan mengumpul data dan maklumat setiap ahli, borang ini merupakan bukti pembayaran bagi setiap ahli yang ingin mendaftar sebagai ahli rasmi. sama-sama lah kita membayar yuran bagi menyokong Persatuan Alumni kita ini. Semoga dengan dana yang ada, persatuan kita dapat bergerak dengan lebih aktif lagi selepas ini.

Segala kerjasama daripada anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Bayaran boleh dibuat melalui akaun sementara mulai sekarang.



Boleh Bank In atau transfer melalui maybank2u di alamat URL


Sila sms nama dan batch anda atau hubungi nombor 019-6877840 (Mohd Nur Hidayatullah) setelah bayaran dibuat dan simpan slip atau transaksi pembayaran dengan baik sebagai bahan bukti. Sila bayar secepat yang mungkin supaya kita dapat mengumpul modal bagi membuka akaun persatuan yang rasmi. TQ.





Monday, February 7, 2011

Lantikan baru AJK ALUMNI ISKANDAR

SENARAI AHLI JAWATANKUASA ALUMNI ISKANDAR 

- JAN 2011/2013 -


Penasihat
Cik Junaidah

Yang Di-Pertua
Syamil Bin A Samad

Timbalan Yang Di-Pertua
1) Faisal Rasyid Roslan
2) Siti Amalina Binti Ibrahim Shah

Setiausaha Agung
Noor Ayuni Mastura Yahya

Naib Setiausaha
Noor Fairuzi Suhana Yahya

Bendahari
Mohd Nur Hidayatullah Bin Jailani

Naib Bendahari
Syafiqah Nabilah Bte Azali

AJK Perhubungan & Publisiti
Amirul Haizatt Abdul Jabar & Nur Hafizah Suhari

AJK Perancangan & Aktiviti
Zainul Asri & Sharifahtun Najwa Shahidan

AJK Ekonomi & Kewangan
Muhamad Nor Akmal Ismail & Noraini Zainuddin

AJK Kebajikan & Sosial
Muhammad Syafiq Abu Bakar & Siti Farezza Binti Abd  Muis

Juruaudit
Mohamad Farid Mohamad Isa

AJK Batch

SPM 2005:
Irwan Miswan & Nurul Afnie

SPM 2006:
Farid Yunos & Fatin Zafirah 

SPM 2007:
Akmal Khalis & Shafika Md Salleh 

SPM 2008:
Iqmal Hakim & Nooralwani Mohd Noordin

SPM 2009:

SPM 2010:
Nazwin Sazwina


Friday, January 21, 2011

Surat Jemputan

Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari
JEMPUTAN ‘PERJUMPAAN MEGA & MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA ALUMNI SMS SULTAN ISKANDAR’
Saya bagi pihak AJK PENAJA ALUMNI SMSSI ingin menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari ke majlis perjumpaan mega & mesyuarat agung kali pertama ALUMNI SMS Sultan Iskandar pada tarikh berikut:

  • Tarikh              : 30 Januari 2011 
  • Masa               : 11AM – 3PM
  • Tempat            : Batu Pahat
  • Kehadiran       : Semua bekas pelajar SMSSI, Mersing

2. Kami amat berharap agar kehadiran  pihak Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari dapat memeriahkan lagi suasana sambutan majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

3. Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan majlis di atas, pihak Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari boleh menghubungi AJK yang bertugas seperti tertera dibawah:
  • Syafiqah Nabilah bte Azali ( 019-6416524)
Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,
Syamil A Samad
Pengerusi AJK Penaja ALUMNI SMSSI