Pages

Friday, January 13, 2012

Surat Jemputan ke Mesyuarat Alumni Iskandar

Salam.

Selamat menyambut tahun baru 2012 diucapkan kepada semua. Sempena tahun baru, pihak ALUMNI kini merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti tersebut, satu mesyuarat tergempar akan dibuat pada14 Jan 2012 seperti yang tercatat dalam surat di bawah ;



AGENDA MESYUARAT LUAR BIASA



  • 11.30am-12.00pm 
    • Kehadiran Ahli Alumni Iskandar
    • Bacaan doa
  • 12.00pm-02.00pm 
         Perbincangan dimulakan;
    • 1) Aktiviti 'New Year Gathering' semasa Cuti Tahun Baru Cina
      • Ahli yang hadir membincangkan pemilihan tempat, tarikh, waktu dan jenis aktiviti yang akan dijalankan
    • 2) Status kewangan Alumni Iskandar
      • Pembentangan jumlah wang terkumpul terkini
      • Jumlah ahli yang belum dan sudah membuat bayaran
      • Pemilihan bank sebagai akaun rasmi Alumni Iskandar
    • 3) Senarai ahli Alumni Iskandar terkini
      • Pembentangan jumlah bekas pelajar yang menyertai Alumni Iskandar
      • Mengemaskini senarai AJK yang telah ditambah dan dipersetujui
    • 4) Perlembagaan Alumni
      • Perbincangan penyata tahunan
      • Mengemaskini Fasal Perlembagaan Alumni Iskandar
  • 02.00pm 
    • Jamuan makan dan majlis bersurai

*Perubahan agenda bergantung kepada keadaan semasa.

Jadi, pihak alumni berharap kepada ahli yang mempunyai kelapangan pada hari esok, agar dapat menghadirkan diri. Untuk makluman semua, pihak kami juga akan membuat video conference melalui SKYPE. Sesiapa yang ada akaun skype, boleh share di bahagian komen ataupun di SINI

Alamat Group ALUMNI di FB : http://www.facebook.com/groups/alumnismssi/

Segala kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

No comments: